Memories I won't forget.


A Night To Remember.

Masquerade Party, Holiday Inn Melaka, 10 January 2013.

Housemates 
The boys 



Classmates 

Buddies 

The gangs 
The annoying me. Hihi :)




That moment.


Hai u'olls! Semalam, 15 Disember 2012 ada birthday si kecik, Aziela Samsuddin. Dan dia merupakan roomate saya di kolej, UiTM Lendu selama 2 tahun. Tapi skang dah duduk rumah sewa and tak serumah pun dgn dia. Wuuu. Yes, hidup kat kolej yg sangat sangat seronok! Bila dah duduk rumah sewa ni, benda tu lah yg aku rindu hari2. Sebab even bosan mcm mana pun, ada je benda yg nak dibuat. Bosan duduk bilik, pegi merayap bilik sebelah. Susah senang sama2. Time susah hujung2 sem tu, sama2 makan maggi, makan biskut. Tapi benda tu serious seronok. 

Okay. Bukan tu yg aku nk cerita sebenarnya. Nak cerita pasal semalam. Birthday si kecik and celebration dia. Wuu. Surprise untuk dia. Pakat2 dengan boyfriend dia. Alololo. Sweet angat angat. Ahakxz! And yang paling aku happy semalam sebab dapat spend time dgn diorang. Seriously rindu gila dengan geng2 kolej. Akhirnya dapat jugak keluar and gelak2 mcm dekat kolej dulu. Hari Sabtu aku semalam penuh dengan gelak tawa. FAVOURITE DAY lah kira semalam. Thanks Ziela, Mai, Myra and Asip jugak :')


Birthday girl.



Today is 12/12/2012. Such a nice date yeahh! Dan hari ni adalah birthday BUDAK PALING ANNOYING dalam kelas BM111 6C. Dari part 1 aku satu kelas dengan dia dekat Lendu ni. Tapi tak sangka dia boleh jadi annoying mcm ni. Semakin dewasa, semakin menjengkelkan. Tapi kewujudan dia dalam kelas menceriakan suasana. Aicehh. Mesti dia bangga kalau baca benda alah ni. Takpe lah. Sebab birthday kau kan hari ni. Tapi jgn harap lain kali aku nk puji kau. Booo!

Aku tak wish kau kan hari ni? So, aku wish dekat entri aku yg paling special ni untuk kau. HAPPY BIRTHDAY IZZARUL ANIS! 


Pssst! Jgn putus asa bagi kitorang gula2 er. Kihkih! Semoga kau bertemu jodoh dgn yg lagi better and yg boleh syg kau lebih dari kau syg dia. Alololo. Sweet tak aku? Haha. Love you Zarul! Xoxo! Kbye :p



Adam Hawa


"Move on la weh", "Better kau angkat kaki then blaa", "Takyah dah bazir masa, air mata kau tu"
Perghh! Perghh! Betul kata orang. Cakap tu mmg senang. Tapi nk buat tu belum tentu boleh. And yeahh, aku dalam situasi tu skang. Dulu mmg aku slalu bagi nasihat tu dekat orang. But now bila dah terkena batang hidung sendiri, hambekk kau. Menangis tak berlagu. Seriously sakit. Sakit luar dalam. Tapi apa boleh buat? Nak meroyan pun tak guna. Aicehh ;p

Walaupun dah berbulan bulan, tapi still takde apa yg berubah. Hari2 jugak tunggu text, call, inbox fb, and whatsoever lah. Mcm tak boleh nak terima kenyataan. Semuanya jadi sekelip mata. Tapi kan, apa salah aku er? Ohh maybe lah aku ada salah dekat mana2. Tapi kenapa aku mcm ni duk melangut taktau pape? Wuhaii. Sakit, pedih. Aku taktau kenapa payah sgt nak lupakan kau. Penat dah sebenarnya. Penat tunggu. Tapi maybe betul lah apa orang kata, MOVE ON. Maybe kau bukan jodoh aku. Aicehh, dah pandai dah nak ckp pasal jodoh. Wkakaaka :D Tapi takpe. Slow2 aku try even susah. 

Tapi jgn risau. Kau slalu dalam doa aku. Mcm mana Adam Mukhriz sanggup tunggu Ain Hawani dia, mcm tu jugak aku. Kahkah! Jiwang habisss! Mmg skang tgh mode Adam Hawa. Feel habis kalau tgk cerita tuuu. Setia je Am tggu Ain. Tp at least, penantian dia berakhir dgn hikmah and kebahagiaan. Then kalau aku buat mcm tu, mcm mana pulak pengakhiran utk aku? Jengjengjeng! Sokay. Hikmah ada di mana mana kan? Yakini hati dan tetap setia. Haha. Dah lah. Penattttt. Hoho.
 
Haaa, lately ni mcm rjin nak update blog. Mcm best pulak luah dekat sini. So nantikan cerita seterusnya. Wahh! Mcm bagus sgt je. Ngehngeh. Eh hello! Aku dah semester last dekat UiTM Lendu ni as a student in business study! Tak sabar nak habis diploma then sambung degree then kerja then? KAHWIN! Huyooooo! Sape lah jodoh aku en? Kihkih. Doakan aku dapat jodoh yg baik2. Ngehngeh. Kelas aku 2.30 hari ni. So lek lek lu. And kepada yg berada di Selangor tu, SELAMAT BERCUTI! Xoxo, A :*

First try!

Hai u'olls! Hari ni gue mau ngeshare ke'excited'an gue kerana berjaya menghasilkan kek moist dengan jayanya! Yeayyy! Dah lama bebno dah nak try. Tapi baru malam tadi terlintas nak melaksanakan hasrat yg dah lama terbuku. Ngehngeh :D
Duk bosan2 online, bukak lah blog si gigi rabbit sorang ni. Tengok2 lah resepi kek moist tu. Then tak semena mena ajak Mama pegi kedai beli bahan. Start motor then vroom pegi kedai. Excited sgt sampai tak perasan bahan tak cukup. Kahkah! Bila dah balik tu check balik, mmg bahan tak cukup. Takkan semata mata nak patah balik kedai. Mmg tak lah. Jauh! Kemudian, dalam keadaan buntu, terus text Qyla, "Yangg, serbuk koko aku beli sikit. Ingatkan nak guna sikit je. Rupanya banyak. Cane niiii? Nak ganti dengan apaaa?" Then Qyla kata, "Alaa, kau ganti jelah dgn Milo"
Hambekk! First timer kan. So ikut jelah apa yg diarahkan. Guna jelah apa yg ada. Milo Fuze tu haa aku guna. Bila dah kukus, rupa dia cantik, menarik, tertarik kau mmg da bomb! Then bila dah rasa, phewwwww! Manisss! Plus moisttttt gilaaa! Tapi not bad lah. Akhirnya aku berjayaaaaaaa buat dgn sendirinyaaaa! Selama ni mengharap orang buat je. Tapi skang dah boleh sikit2. Next time WAJIB improve. Kena sediakan bahan secukupnyaa. Ni first time dimaafkan lah kot. Ngehngeh. Tapi sedaappp lah kot kan. Hihi. Bukan nak bangga, tapi excited sebab menjadi. 
Btw, thanks for the recipe Aqilah Azhari! Xoxo, A. Publish! Haha :D



                                                                                   

Pain




Thanks for giving me this pain. Goodnight, love.

Aku Yang Tersakiti


"Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia" 

Why oh why?


Ehem. Sebenarnya dah malas nak terjebak dgn dunia penulisan ni. Tp cuti sem ni takde benda nak buat, baik aku merepek dekat sini. Ni sebenarnya blog assignment. Assignment masa part 4 untuk Information Technology punya subjek. Tu yg beriye tu. Tp tu ah tu. Sayang pulak nak biar benda alah ni terbiar. Hoho.
Sorry la kalau blog ni blog bajet comel. Tak terniat pun. Hmm :( Haha! Nak tgk, tgk lah. Taknak, boleh close tab teruihh. 

Ohh ye. Skang aku tgh cuti sem. Ada lagi sebulan sisa2 cuti ni haa. Duduk rumah tanpa hala tuju. Duit pun tarak. Apa boleh buat. Sem depan dah last sem. Lepas tu grad. Wuhoo! Semoga semuanya dipermudahkan. Amin. K lah. Tu je kot. Babaiii! Peace yoww!